Personaliti Manusia – Rahsia Mengenali Diri Dari Mata Psikologi

Sejak zaman dahulu lagi, wujud para psikologis yang mengetengahkan idea untuk mengelaskan personaliti manusia daripada pelbagai aspek antaranya interaksi secara intrapersonal atau interpersonal, cara berfikir, cara bertindak dan sebagainya. Mengenal diri sendiri terutamanya personaliti individu mampu menjadi sumber rujukan dalam mengenal pasti relevannya seseorang dalam satu bidang antaranya pekerjaan. Manusia diciptakan dalam sebuah kejadian yang sama namun ajaibnya setiap orang memilik trait personality dan perwatakan yang berbeza. Hingga kini, personaliti manusia masih diukur pada cabang – cabang dan aspek – aspek yang berbeza dan pelbagai personaliti yang manusia yang diwujudkan oleh ahli pemikir antaranya 4 Personaliti Diri (4 Temperament), 7 Personaliti Diri (7 Personality Types), 8 Personaliti Diri (8 Personality Types) dan yang diperkenalkan pada tahu 1964 oleh Myers – Briggs dan paling popular pada masa kini iaitu 16 Personaliti Diri (16 Personality Types)

4 Temperament (4 Personaliti Diri)

Perkataan temperament sebenarnya bukanlah membawa maksud personaliti secara tepatnya tetapi ianya adalah sikap semulajadi manusia atau haiwan yang kekal dalam diri mereka dan membentuk perangai dan tabiat seseorang. 4 Temperament ini diasaskan pada zaman tamadun awal manusia lagi iaitu pada zaman empayar Mesir Purba dan Mesopotamia. Dan yang menariknya adalah idea 4 Temperament ini diperoleh daripada humorism, iaitu konsep perubatan kuno iaitu mengenal pasti perkadaran bendalir dalam badan. Yang paling utama dan dominan menentukan jenis personality dan psikologi.

Empat cirri – cirri tersebut ialah sanguine (darah atau damawiyy dalam bahasa Arab), phleghmatic (kahak atau balghamiyy dalam bahasa Arab), choleric (hempedu kuning atau safrawiyy dalam bahasa Arab) dan melancholic (hempedu hitam atau sauda’ dalam bahasa Arab)

1. Sanguine

Sanguine bermaksud merah keperangan seperti karat (besi oksida) yang melambangkan darah manusia. Personaliti sanguine terdorong untuk mencintai kebebasan, bersemangat, optimistic dan berkeyakinan. Mereka sukakan hiburan dan bergelak tawa, Bersikap positif dan optimistic menjadi kelebihan kepada mereka. Seorang yang suka bersosial dan mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran.Hal ini membolehkan mereka mempunyai rakan yang ramai. Mereka juga sangat cergas dan aktif. Oleh itu, mereka gemar untuk menyertai aktiviti lasak seperti mendaki bukit, meredah hutan dan sebagainya. Sikap mereka juga mudah disenangi dan merupakan seorang yang kreatif dan berbakat sebagai artis.

Walau bagaimanapun, mereka juga mempunyai kelemahan yang tersendiri antaranya ketidakstabilan emosi, mudah dibaca dan cepat marah. Mereka sesuai bekerja sebagai pengembara, artis, pereka fesyen dan atlet sukan.

2. Choleric

Choleric merupakan extrovert yang bercita – cita besar dan dilahirkan sebagai ketua (leader) dan kadang – kadang dikenali sebagai personaliti jenis A. Mereka ialah seorang yang spektikal dan tidak mudah mempercayai seseorang. Mereka juga seorang yang berprinsip – yang salah tetap salah dan perlu diperbetulkan. Mereka merupakan seorang yang teliti dan mengkaji sesuatu perkara sebelum membuat keputusan. Sifat merek yang cerewet dan perfectionist menjadikan individu lain sukar memenuhi kepuasan hati seoang yang choleric. Mereka amat rajin dan bersungguh – sungguh apabila melakukan sesuatu. Mereka difahamkan merupakan seorang yang teratur dan extrovert secara umumnya.

Sikap mereka yang tidak mahu mengalah mampu mendorong mereka melakukan hal di luar batasan seperti menipu dan menyamar. Mereka tidak mudah mengekspresikan perasaan dan diri mereka yang sebenar kecuali perasaan marah. Sesetangah orang yang memiliki personaliti ini sangat sensitif dan mudah terganggu. Namun, mereka tidak mudah gelabah dan risau serta tenang menghadapi pelbagai situasi. Kejuruteraan dan bisnes merupakan bidang yang sesuai untuk mereka ceburi.

3. Phleghmatic

Mereka dengan personaliti ini dipenuhi dengan rasa saying dan cinta kepada sesama manusia. Mereka menyukai keamanan dan kemakmuran serta berprinsip kesamarataan kepada semua hidupan. Mereka suka menolong dan penyabar. Mereka juga tidak mudah gelabah, tidak teguh pendirian dan mengikut gerak hati dan naluri. Mereka juga mementingkan orang lain tetapi kadang – kadang boleh menjadi pentingkan diri sendiri. Simpati, kepercayaan, tenang, rasional dan tidak sukakan perubahan ialah antara cirri – cirri yang terdapat pada mereka.

Namun, mereka mempunyai kelemahan seperti lambat dalam pergerakan dan berfikir, mudah mengikut emosi dan suka menilai seseorang. Memandangkan mereka mudah didekati dan prihatin, jururawat, perguruan dan kaunseling menjadi dominan dalam bidang pekerjaan mereka.

4 Melancholic

Personaliti Melancholic secara ringkasnya introvert dan otak bercabang. Mereka dikenali sebagai pemikir memandangkan keinginan diri untuk menganalisis dan membuat keputusan dengan mengambil kira pros and cons, cara pelaksanaan dan masa untuk proses sesuatu perkara dilaksanakan. Tetapi mereka juga menyukai tradisi dan menyayangi orang terdekat seperti keluarga dan sahabat. Analisis yang tepat dan betul menjadi kelebihan bagi mereka. Namun sikap suka menyediri dan social anxiety menjadi penghalang untuk mereka bersinar dalam masyarakat. Oleh itu, mereka mudah merasa malu, gelisah dan takut. Suka menyendiri dan bekerja secara individu, suka merendahkan diri, bersederhana, berahsia dan terdorong untuk mengalami kemurungan walaupun tanpa sebab. Mereka juga tidak mudah didekati dan berkawan, overthinking dan kurang keyakinan.

Antara pekerjaan yang sesuai ialah pengurusan, akauntan ataupun analisis bisnes.

Anda boleh mengetahui personaliti anda antara keempat – empat personaliti diatas di link dibawah:

https://openpsychometrics.org/tests/O4TS/

7 Personaliti Diri

Personaliti diri ini pula merujuk kepada 7 karakter iaitu Warrior, Sage, Scholar, Priest, Artisan, King dan Server. Ia turut dikenali sebagai The Seven Roles in Essence atau The Seven Soul Type.

Server

Penyayang, mudah menyesuaikan diri, suka menolong dan suka melayan orang lain dan menjadikan mereka selesa. Mereka merupakan ‘ibu’ dalam kelompok masyarakat. Mereka prihatin dan menyayangi orang lain seperti keluarga dan rakan – rakan. Mereka akan menjadi peneman kepada orang lain walaupun menyusahkan diri sendiri.

Artisan

Kreatif, kurang serius dan suka berimaginasi dan berfikir di luar kotak. Mereka menjadikan perkara yang mustahil menjadi reality dan membuat pelbagai penemuan dan mencari masa depan yang lebih baik. Mereka melihat dunia sebagai tempat untuk membina masa depan dan dikagumi.

Warrior

Tegas, berprinsip, pelindung dan kuat. Mereka tidak mengenali erti kalah dan berputus asa. Mereka hidup untuk diri mereka dan orang yang disayangi. Mereka bukanlah orang yang cepat berserah dan tiada dalam kamus hidup mereka untuk berhenti menjadi yang terhebat.

Scholar

Ingin tahu, analitik, neutral dan bersungguh – sungguh. Merupakan cendekiawan antara ketujuh – tujuh watak. Mereka selalu bertanyakan diri mereka apa, kenapa, bagaimana, sekiranya ini terjadi apakah kesannya dan sebagainya. Mereka dilahirkan dengan sifat ingin tahu yang kuat dan merupakan pendominasi otak kiri – menunjukkan mereka kreatif, bijak dan suka mencuba.

Sage

Suka melawan, menawan, menghiburkan dan petah berbicara. Mereka merupakan tarikan utama dan juga menjadi perhatian kepada orang lain. Mereka suka menghiburkan dan dihiburkan. Mereka dengan personaliti ini mampu menjadi kawan baik kepada mereka yang selalu bersedih hati dan murung

Priest

Menginspirasi, memotivasi, bertenaga dan berwawasan. Antara personaliti yang jarang dijumpai dan kebanyakannya hanyalah optimistic dan bukannya ‘priest’yang sebenar. Mereka mampu mengadakan revolusi dan sanagt berpengaruh serta mampu menangani situasi yang mengancam. Contohnya Gandhi dan Martin Luther.

King

Suka mengarah, berkuasa, teguh pendirian, berkeyakinan dan berwibawa. Mereka selalu menjadi orang yang menentukan keputusan dan susah dibawa berbincang. Namun, mereka mempunyai bakat sebagai pemimpin atau leader. Keputusan mereka muktamad dan sentiasa merasakan diri betul. Tidak mudah menerima pandangan orang lain tetapi sentiasa menginginkan kebaikan dan keselesaan terbaik kepada orang lain.

Anda boleh menilai personaliti diri anda di link dibawah:

https://www.playbuzz.com/jakecake10/whats-your-soul-type

16 Personaliti Diri

Diasaskan oleh Isabel Myers Briggs pada 1962. Menyusun personaliti manusia berdasarkan 4 aspek utama dengan 1 aspek tambahan yang menilai hati seseorang. Antaranya ialah minda. Trait ini menunjukkan cara berinteraksi dengan alam dan persekitaran. Sifat (Nature) menunjukkan arah atau dorongan (tendency) cara kita membuat keputusan dan mengaitkan dengan emosi atau akal. Tenaga atau Energy ialah trait yang menentukan kemana kita mengarahkan mental energy kita sama ada naluri intuitive iaitu mengikut gerak hati atau observant atau mengikut daya pemerhatian. Taktik atau Tactics trait yang menampilkan cara kerja, mengatur dan membuat keputusan. 1 trait tambahan iaitu identity yang merangkumi kesemuanya, menunjukkan keyakinan membuat keputusan dan keupayaan serta kelebihan.

Terdapat 16 personaliti dengan berdasarkan 4 ciri berbeza dengan setiap ciri mempunyai 2 jenis trait. Kemudian disusun kedalam 4 kelompok iaitu analyst, diplomat, sentinel dan explorer.

Architect

INTJ meliputi kira – kira 2% populasi dunia dan versatile. Mereka kuat berfikir dan kreatif serta berpendirian. Bercita – cita dan bersifat privasi. Bersikap ingin tahu dan sangat fokus. Golongan ini Sebagai seorang introvert, INTJ kurang bersosial dengan masyarakat.

Mereka berpegang pada logic dan prinsip mereka sendiri serta sukakan kebebasan. Mereka tidak menyukai peraturan, tradisi dan berfikiran inovatif dan unik. Architect sentiasa memikirkan strategi yang terbaik dalam mencapai sesuatu keputusan. Mereka selalu menimbulkan persoalan “Bagaimana, mengapa,” dan sebagainya. Mereka cepat menganalisis, berminda strategik dan berfikiran kreatif dan kritis. Berdikari, berpendirian, berfikiran terbuka menyebabkan mereka sesuai menjadi pakar analisis, arkitek dan jurutera.

Namun, mereka juga mempunyai kelemahan sendiri. Antaranya mereka sukar menerima pendapat orang lain, suka menilai orang lain dan overthinking dalam satu masalah. Selain itu, dunia percintaan bukanlah sesuatu yang mudah untuk mereka dalami dan fahami kerana mereka lebih mengutamakan kaedah berfikir berbanding hati.

Logician

Penuh dengan teori – teori dan idea – idea realistic dan unik. Mereka berperwatakan sukar diharap dan serius tetapi pada realitinya mereka mencari masalah dan kekangan yang akan dihadapi. Mereka agak ramah dan suka berkongsi pendapat. Sebahagian daripada mereka sukar memahami emosi. Mereka berusaha untuk mendepani masalah yang dihadapi untuk menjadi yang terbaik. Sebagai seorang yang mengutamakan logic, mereka merupakan ahli intelek yang menjadikan kelebihan kepada mereka.

Tidak banyak bezanya dengan Architect, Logician bijak menganalisis dan mampu berfikir secara langsung dan abstrak (imaginasi). Mereka juga imaginative dan original dalam melakukan kerja. Mereka juga berfikiran terbuka. Mereka juga boleh menjadi sangat aktif apabila berbicara tentang bidang yang mereka minati. Selain itu, mereka sangat fokus dan bermatlamat.

Namun, mereka juga sangat jujur dan straightforward dalam memberikan idea. INTP juga mudah melupakan sesuatu, bercelaru dan hilang arah dalam keadaan tertentu seperti kecemasan.

Commander

Penuh dengan karisma dan keyakinan diri, dan berusaha untuk membuatkan semua orang mendengar pendapat mereka. Sememangnya mereka suka mengarah dan kadang – kadang terlalu obsess menyelami idea sendiri tetapi mereka mengambil berat terhadap orang lain dan berusaha menjadikan yang terbaik kepada orang di sekeliling mereka. Sentiasa meletakkan diri dalam perhatian ramai dan mencapai suatu kejayaan dengan idea sendiri merupakan kegembiraan yang amat kepada mereka.

Komander berfikiran matang dan serius dalam melakukan sesuatu. Selain itu, mereka mempunyai cara tersendiri untuk meyakinkan orang lain dan mempengaruhi orang lain. Mereka amat kuat mentalnya dan mempunyai daya fikir yang hebat dan analisis yang tepat. Mereka juga sangat sensetif di samping sifat ingin tahu yang membuak – buak.

Komander ialah seorang yang efisien, bertenaga dan bersemangat, yakin diri dan berkarisma dan menginspirasikan orang lain. Degil dan tidak bertimbang – rasa, mudah marah, sombong, sukar mengawal perasaan, dingin dan ‘kejam’ apabila mengetuai pasukan.

Debater

Sesuai dengan namanya, pendebat ialah seorang yang petah berbicara, sesuai dengan sifat ekstrovert, dahagakan kemenangan dan mempunyai daya fikir deduksi yang sangat tinggi dan mampu berfikir secara kritis dan kreatif dalam jangka masa pendek. Mereka boleh menjadi penyelamat kepada seseorang dan juga boleh menjadi pembinasa kepada seseorang dengan kehebatan yang ada pada dirinya.

Mereka seorang yang berpengetahuan, pantas berfikir, pemikir yang hebat dan lantang menyuarakan suara. Kemahiran analisis mereka yang tinggi dan ekstrovert menjadikan mereka sangat berpengaruh seperti commander. Mereka juga seorang yang berkarisma dan juga bertenaga. Namun, mereka mempunyai kelemahan yang lain seperti suka bertengkar apabila berlaku percanggahan idea, tidak sensetif terhadap perasaan orang lain, tidak bertimbang rasa dan sukar focus kerana permikirannya selalu melayang kepada idea – idea yang belum diterokai.

Advocate

Advocate ialah INFJ dan merupakan personaliti yang paling rare dan meliputi kurang 1% daripada penduduk bumi. Mereka introvert yang misteri dan berahsia, namun mempunyai pelbagai idea dan mampu menginspirasikan orang lain. Mereka suka menolong orang lain dan mempunyai kombinasi trait yang unik. Walaupun mereka namapk seperti lemah – lembut, mereka mempunyai kepercayaan yang kuat terhadap perkara yang mereka percaya terutama apabila berkaitan dengan orang yang mereka saya sayangi. Mereka jarang menggunakan ideology dan kelebihan yang mereka punyai untuk kepentingan diri mereka.

Walaupun berdifat introvert, mereka mudah membina persahabatan dengan orang lain. Boleh jadi mereka terlalu mementingkan orang lain dan sepatutnya lebih menjaga diri mereka sendiri.

Mereka teguh pendirian, berinspirasi dan pandai meyakinkan orang lain serta kreatif. Sifat suka menolong dan altruistic juga menjadi kelebihan bagi mereka. Namun, mereka terlalu mementingkan kesempurnaan menjadikan mereka cerewet, perfectionist dan mereka juga sensetif.

Mediator

Mediator atau perantara ialat true idealist, mereka dipandu oleh prinsip mereka sendiri dan perasaan berbanding logic (Analyst),excitement (Explorers), dan praktikal (Sentinels). Pada dasarnya mereka sanggup mara kehadapan dengan ikhlas dan jujur. Mereka kadang – kadang berbicara dengan menggunakan metafora dan symbol – symbol yang mereka cipta. Oleh itu, fantasi adalah satu perkara yang tidak boleh dihalang oleh kumpulan ini. Mediator mempunyai bakap untuk mengekspresi diri dan meluahkan perasaan.

Mereka seorang yang idealistik yang boleh menjadi daya penarik kepada kawan mereka. Mencari dan menilai keharmonian, berfikiran terbuka dan fleksibel dan sangat kreatif menjadi kelebihan kepada mereka. Selain itu, mereka juga berdedikasi, bekerja keras dan bertenaga.

Mereka juga mempunyai kelemahan antaranya terlalu idealistic (berfantasi), terlalu altruistik (menolong orang lain) sehingga membantu orang lain dan tidak mementingkan diri dan tidak suka berurusan dengan perkara realistic seperti data dan maklumat kerana mereka biasanya mencurahkan emosi dalam melakukan pekerjaan.

Campaigner

ENFP yang bersemangat, kreatif, mudah bergaul dengan komuniti dan seorang yang mampu mencari sebab untuk terus tersenyum, berfikiran positif. Campaigner seorang yang menginginkan aktiviti yang mencabar dan berisiko. Mereka seorang yang berdikari dan menginginkan kebebasan dan kreativiti.

Golongan ini tahu untuk bertenang dan relaks apabila berdepan dengan masalah, dan berkebolehan untuk switch daripada seorang yang idealis kepada seorang yang bersemangat . Mereka perlu lebih berhati – hati untuk berharap pada gerak hati dan reaksi yang baik apabila memotivasi rakan kerana kadang – kadang mereka akan berterus – terang dan straightforward.

Mereka mempunyai kelebihan internal yang tersendiri. Mereka mempunyai sifat ingin tahu dan cepat bosan dengan perkara cliché dan juga dan seorang pemerhati. Mereka cuba untuk perasan setiap perkara yang mereka perhatikan. Selain itu, mereka seorang yang bertenaga dan mempunyai kemahiran komunikasi yang sangat baik kerana mempunyai skil untuk menyesuaikan diri dalam suasana yang pelbagai. Di samping itu, sikap mereka yang mudah relaks dan kemahiran berkomunikasi yang baik menyebabkan mereka popular dan ramah.

Kelemahan mereka ialah sukar untuk focus, overthinking dalam mempersoalkan kenapa begitu kenapa mereka melakukan ini dan itu. Mereka juga sangat beremosi, terlalu mendesak diri untuk tidak bergantung kepada orang lain. Walaupun mereka mudah bertenang, mereka mudah stress kerana mereka kadang – kadang sangat sensetif dan menjaga perasaan orang lain.

Logistician

Antara personaliti yang terbanyak, meliputi 13% populasi. Mereka dengan personaliti Logistician gembira mengambil tanggungjawab untuk tindakan mereka dan berbangga dengannya. Mempunyai matlamat dan menyiapkan tugas dengan tepat dan bersabar. Logistician perlu lebih mengambil berat tentang diri sendiri dan mengambil masa untuk menghasilkan hasil yang terbaik seperti yang diinginkan.

Kekuatan yang dimiliknya ialah jujur dan berterus terang, kuat bekerja, bertanggungjawab, tenang dan praktikal dan mampu member arahan. Kebanyakan yang dikatakan dikira sebagai janji kepada diri sendiri dan akan menepatinya. Segala tohmahan dan lontaran kata – kata orang akan diambil pengajaran dan menjadi pembakar semangat mereka.

Namun, mereka mempunyai kelemahan seperti degil, tidak sensetif, selalu percaya kepada peraturan dan sentiasa ingin mengikut pada landasan tersebut. Judgemental antara sifat yang tidak boleh dihalang daripada tumbuh dalam diri mereka dan selalu menyalahkan diri sendiri tanpa sebab yang utuh. Hal ini kerana mereka mempunyai semangat untuk memikul tanggungjawab dan melaksanakannya dengan baik. Apabila matlamat ini tidak dapat dicapai, mereka menyalahkan diri mereka sendiri.

Defender

Pesonality Defender agak unik. Defender ialah altruist (orang yang suka menolong) yang asli, baik hati dan percaya sikap positif mampu mengubah dunia. Mereka sensetif, tetapi pada masa yang sama mempunyai kebolehan analisis yang cemerlang. Selain itu, mereka memounyai hubungan social yang kuat dan rapat sesama orang lain. Oleh kerana mereka bersifat melindungi dan mengambil berat, mereka mempunyai kecederungan untuk diambil kesempatan oleh orang lain. Personaliti mereka juga mendorong mereka untuk melindungi orang lain semampu mereka.

Antara kekuatan mereka ialah bersikap suka menolong dan menyokong orang lain. Boleh diharap dan penyabar, ceria, mempunyai skil praktikal yang baik . Setia dan bekerja kuat, personaliti ini sentiasa menunjukkan emotional attachment dalam melontarkan idea.

Kelemahan yang mereka miliki ialah rendah diri dan pemalu. Selain itu, mereka juga mengambil sesuatu perkara secara personal; mencampuradukkan hal – hal peribada dan hal – hal kerjaya. Mereka juga memendam perasaan, yakni membawa makna mereka menjaga privasi mereka. Mereka bukan sahaja berasa tanggungjawab untuk menjaga perasaan sendiri, malah perasaan orang lain juga diambil kira penting. Mereka juga sukar dan enggan berubah kerana mereka menilai dan sejarah silam. Kadang – kadang sikap terlalu altruistik turut menjadi kelemahan kepada mereka menyebabkan orang lain senang namun mereka dalam masalah yang menggunung dan tidak dibantu.

Excecutive

Eksekutif dengan personaliti ESTJ, mementingkan undang – undang dan prinsip yang betul dalam hidup mereka. Yang salah tetap salah dan yang benar tetap benar dan yang salah layak menerima hukuman. Sangat mempercayai peraturan dan undang – undang. Oleh itu, excecutive ialah seorang yang tegas dan beramanah serta boleh dipercayai dalam memikul kerja. Pemikiran dan idea mereka bukan sekadar perkara yang sia – sia kerana mereka mampu mendalami projek atau kerja yang sangat complicated dan mempertingkat pelan tindakan dan detail – detail penyelesaian, dan hasilnya tugas yang kompleks menjadi mudah dan cepat.

Mereka mempunyai kelebihan tersendiri, Pastinya mereka seorang yang berdedikasi dan tidak mudah berputus asa. Dalam bahasa mudah, bagi mereka putus asa hanyalah alas an dan bukannya pilihan dan berputus asa bertentangan dengan prinsip mereka. Selain itu, ESTJ ialah seorang yang berterus – terang dan jujur dalam menyampaikan pendapat kerana adalah penting untuk memperoleh idea yang terbaik. Dan pastinya, mereka merupakan ketua yang boleh diharap, penyabar dan setia.

Pada masa yang sama, mereka seorang yang degil apabila menerima pandangan yang bertentangan dengan prinsip mereka. Setiap perkara perlulah jelas dan terbukti keberkesanannya. Sikap berdedikasi mereka juga menjadikan mereka terlalu focus terhadap kerja untuk mencapai hasil yang terbaik dan mereka menjadi susah untuk bertenang dan relaks. Nilai ST yang ada pada mereka (ISTJ) menyebabkan mereka sukar mengekspresikan emosi walaupun berada dalam kekacauan jiwa.

Consul

ESFJ yang sangat menyerlah dan altruistic, suka menolong orang lain. Sentiasa menjadi tulang belakang dan member semangat kepada rakan mereka dan memberikan yang terbaik memastikan semua orang berpuas hati dan gembira. Mereka altruistic dan sentiasa igin melakukan perkara yang betul dan terbaik kepada orang lain. Oleh itu, mereka mengambil kira dari segi moral dan kesesuaian situasi. Mereka juga bukanlah orang yang mencemburui hubungan orang lain malah bergembira atas kegembiraan orang lain dan turut bersedih apabila mereka bersedih. Dalam erti kata lain, konsul ini memiliki sikap empati yang tinggi dan kuat kepada orang lain. Perkara yang terbaik untuk Konsul untuk dilakukan adalah untuk melakukan apa yang mereka lakukan dengan baik: menjadi model peranan, menjaga apa yang mereka ada berkuasa untuk menjaga, dan menikmati masa denagn orang yang menghargai usaha mereka.

Konsul mempunyai skil praktikal yang kuat (mahir dalam praktikal) memandangkan mereka menikmati kehidupan mereka dengan menolong orang lain. Mereka turut mempunyai rasa tanggungjawa yang tinggi, sangat setia dan patuh arahan dan mempunyai skil komunikasi yang sangat bagus, menyebabkan mereka boleh mewujudkan ikatan persahabatan yang baik dengan sesiapa sahaja.

Kelemahan yang ada kepada mereka ialah bimbang terhadap status social mereka dan pengaruh yang dibawa, terdedah kepada kritikan daripada orang ramai disebabkan sikap mesra mereka dan kadang – kadang boleh terjadi bersikap sangat tidak pentingkan diri sendiri – kerana kegembiraan orang lain ialah kebahagiaan mereka.

Dan itu antara personaliti manusia yang telah dianalisis oleh pakar – pakar psikologi. Untuk maklumat lanjut dan personaliti diri yang lain yang tidak disebut dalam artikel ini seperti virtuoso, entertainer,adventurer dan entrepreneur, boleh dirujuk dalam URL dibawah.

https://www.16personalities.com/personality-types

Sumber rujukan:

Psychologia, Four Temperaments: Sanguine, Phlegmatic, Choleric, and Melancholic Personality Types, https://psychologia.co/four-temperaments/

Dr. D. W. Ekstrand, The Four Human Temperaments,http://www.thetransformedsoul.com/additional-studies/miscellaneous-studies/the-four-human-temperaments

https://www.meetup.com/Earth-Wisdom-and-The-Michael-Teachings/messages/boards/thread/9699489

http://personalityspirituality.net/articles/the-michael-teachings/the-seven-roles-in-essence/

https://www.theodysseyonline.com/7-personality-types-world

https://www.myersbriggs.org/my-mbti-personality-type/mbti-basics/the-16-mbti-types.htm

https://www.16personalities.com/personality-types