Puisi – PENDOSA

Lalai kah aku?
;Dalam menerima nikmat yang Engkau berikan,
Sedangkan semua itu sebenarnya untuk menguji aku,
Apakah aku akan syukur ataupun kufur.

Ke mana perginya?
;Mana perginya diriku yang selalu merinduiMu,
Tatkala malam menjelma,
Menjadi malam buat diriku berdua DenganMu ,
Bersama air mata yang membasahi pipiku.

Mati kah aku?
;Hati yang selalunya aku penuhi dengan kerinduan kepadaMu,
Lidah yang sentiasa aku basahi dengan tasbih kepadaMu,
Kini aku seperti sekujur jasad yang kaku tanpa ruhnya;
Tertawa dalam kebatilan.

Kelirunya aku,
Adakah ini yang aku mahu selama ini?
Adakah ini yang aku harapkan sebelum ini?
Aku kian hilang arah,
Ke manakah harus aku pergi?
Adakah ini benar atau salah?

Andai ini kali terakhir,
Buat yang tersayang maafkan aku,
Kerna aku ini seorang pendosa,
Kau lihat ku ini baik sedangkan kau tidak pernah tahu,
Ada dosa yang tidak pernah ku ceritakan,
Sedangkan Dia menutupi keaiban ku dari mata-mata manusia.

– Fiez

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *